Jumlah pecahan kes mengikut Daerah, Zon dan Presint sehingga jam 12 tengah hari, 8 Mei 2020.
Statistik semalam menyaksikan penambahan 68 kes baru termasuk satu kluster iaitu Kluster Pedas.
KKM sentiasa mengingatkan orang ramai bahawa PKPB masih diteruskan. Jangan lupa, peperangan ini masih belum tamat.
Amalkan penjarakan sosial apabila berada di luar, tapi kalau tiada keperluan untuk keluar, hanya untuk jalan-jalan, duduk saja di rumah. Tempat yang paling selamat ketika ini adalah rumah anda sendiri.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Jumlah kes bagi seluruh dunia menghampiri ke 4 juta kes dan kadar kesembuhan adalah 33.52%.
Walaupun negara Jerman adalah dari kalangan negara yang mempunyai kes melebihi 100,000 kes tetapi negara tersebut mempunyai kadar kesembuhan yang tinggi iaitu 83.07% atau 141,700 kes.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Jumlah kes positif baharu pada 8 Mei 2020 adalah sebanyak 68 kes.
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,535 kes.
Jumlah pesakit yang sembuh dan discaj adalah seramai 88 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,864 kes
Pesakit yang masih dirawat (Kes Aktif) adalah seramai 1,564 orang . Seramai 18 orang daripadanya di rawat di ICU (7 orang memerlukan bantuan alat pernafasan).
Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kematian baharu.
Ini menjadikan jumlah kes kematian di negara kita kekal sebanyak 107 kes.
KKM menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan langkah pencegahan covid-19 yang diamalkan sebelum ini.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj dari hospital setakat 8 Mei 2020 adalah 88 orang.
Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 4,864 kes bersamaan dengan 74.43% dari jumlah keseluruhan kes positif.
Terima kasih kepada semua dan kekalkan norma baharu dalam kehidupan harian kita.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Seramai 237,013 telah diambil sampel dan 2.73% atau 6,467 adalah positif dan ini menunjukkan penularan jangkitan virus ini terkawal.
Selangor (HSgBuloh) merekodkan kematian tertinggi 20 kes.
Sumber : MKN
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang