Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj dari hospital setakat 10 Mei 2020 adalah 96 orang.
Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 5,025 kes bersamaan dengan 75.5 % dari jumlah keseluruhan kes positif.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Jumlah keseluruhan kes positif ialah 6,656 kes dengan kadar kesembuhan 75.5% bersamaan 5,025 kes dan kadar kematian 1.62% atau 108 kes kematian.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Status kes aktif dan kumulatif COVID-19 Selangor mengikut mukim di daerah sehingga 9 Mei 2020. Kes baharu melibatkan 10 kes tempatan dan tiada kes import direkodkan.
Kekalkan momentum kepatuhan kita semua untuk menjayakan PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini.
Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 108 kes.
Kes kematian ke-108 (kes ke-2499) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 74 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun, darah tinggi dan penyakit tiroid.
Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 8 Mei 2020 jam 11.23 malam.
Sumber : KKM
#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang