65 kes sembuh dilaporkan setakat 9 Mei 2020, menjadikan kadar kesembuhan meningkat kepada 74.81% iaitu bersamaan dengan 4,929.

Tahniah kepada barisan hadapan KKM! Semoga Allah membalas jasa dan bakti kalian semua.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Situasi terkini 9 Mei 2020 COVID-19 di Malaysia : Sebanyak 54 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 6,589 kes.

65 kes telah pulih menjadikan 4,929 pesakit telah pulih dan discaj.

1 kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 108 kes.

Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Tiada perubahan ketara bagi kesemua status mukim dan daerah pada hari ini. Hanya jumlah kes aktif hari ini berkurangan daripada semalam kepada 221 kes manakala 6 orang telah sembuh daripada jangkitan COVID-19.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) di Selangor adalah sekadar kelonggaran untuk menjalankan aktiviti ekonomi dan setiap warga Selangor masih perlu mengamalkan penjarakan sosial, menjaga kebersihan dan memakai penutup muka dan hidung sepanjang tempoh ini. Setiap warga Selangor masih lagi tertakluk kepada undang-undang yang sedang terlaksana pada tempoh ini.

Sumber : Selangor Task Force Covid-19

#dududkrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Kawalan kendiri merupakan kunci utama dalam membendung COVID-19. Sentiasa amalkan penjagaan kebersihan diri setiap masa.

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Daripada 68 kes baru dilaporkan pada 8 Mei, 11 kes melibatkan warganegara, iaitu 4 kes adalah dari kes import manakala baki 7 kes adalah dari kluster Pedas.

Sumber : MKN

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang