Pada 7 Mei 2020, 2 mukim telah bertambah baik kepada Zon Hijau iaitu Mukim Bagan Nakhoda Omar dan juga Mukim Tanjung 12 (2).

Kes positif terbaru di Mukim Hulu Yam menjadikannya berubah status kepada Zon Kuning.

Ini menjadikan jumlah mukim yang berada pada Zon Hijau telah bertambah daripada 31 ke 32. Pada masa sama juga, Daerah Kuala Langat telah menjadi daerah pertama yang memegang status sebagai Zon Hijau. Tahniah warga Selangor!

Diingatkan bahawa penguatkuasaan PKPBD baru-baru ini mewajibkan pemakaian face mask untuk warga Selangor yang berurusan. Kami mohon supaya anda patuh dan jadikan amalan ini sebagai New Normal pada setiap masa.

Sumber : Selangor Task Force Covid-19

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

 

Jumlah pecahan kes mengikut Daerah, Zon dan Presint sehingga jam 12 tengah hari, 7 Mei 2020.

Semalam juga menyaksikan dua kluster telah ditamatkan iaitu Kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi dan Kluster Warga Emas, kedua-duanya di negeri Selangor.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

 

Jumlah kes positif baharu pada 7 Mei 2020 adalah sebanyak 39 kes.

Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,467 kes.

Jumlah pesakit yang sembuh dan discaj adalah seramai 74 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,776 kes

Pesakit yang masih dirawat (Kes Aktif) adalah seramai 1,584 orang . Seramai 19 orang daripadanya di rawat di ICU (8 orang memerlukan bantuan alat pernafasan).

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kematian baharu.
Ini menjadikan jumlah kes kematian di negara kita kekal sebanyak 107 kes.

KKM menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan langkah pencegahan covid-19 yang diamalkan sebelum ini.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj dari hospital setakat 7 Mei 2020 adalah 74 orang.

Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 4,776 kes bersamaan dengan 78.35% dari jumlah keseluruhan kes positif.

Terima kasih kepada semua dan kekalkan norma baharu dalam kehidupan harian kita.

Sumber : KKM

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang

 

Secara keseluruhan, situasi di Selangor mencatatkan 31 Zon Hijau, 24 Zon Kuning dan 1 Zon Merah. Hanya 3 saja daerah berada dalam Zon Merah dan daerah-daerah yang lain berada dalam Zon Kuning.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai di Selangor melibatkan kewajipan penggunaan face mask bagi warga Selangor. Ini bermakna selain daripada penjarakkan sosial dan kebersihan diri, memakai face mask sudah termasuk dalam satu pakej pencegahan utama di Selangor buat masa ini.

Sumber : Selangor Task Force Covid-19

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita #kitamestimenang