USAHAWAN KECIL , MENJUAL PELBAGAI MASAKAN PANAS
 
Nama     : Cik Nur Hidayah Binti Ghazali
Umur     : 27 tahun
Ahli        : 2016
 
 
 
Latar belakang
 
Cik Hidayah merupakan seorang peniaga warung makanan yang diusahakan oleh beliau dan ibunya dihadapan rumahnya. Waktu perniagaan beliau bermula pada pukul 5.00 petang sehingga 12.00 tengah malam. Beliau menjual pelbagai jenis masakan panas Seperti Nasi Goreng Ayam, Mee Goreng, Mee Bandung dan banyak lagi. 
 
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
 
Sebelum ini beliau hanya membuat promosi melalui edaran risalah dan mulut ke mulut. Pendapatan beliau tidak begitu memberansangkan. Beliau telah didedahkan dengan kuasa perniagaan secara dalam talian oleh petugas PIM dan beliau berminat untk mencuba. Beliau menggunakan laman akaun ‘facebook’ beliau untuk mempromosikan menu masakannya dan mengambil tempahan melalui aplikasi ‘whatsapp’. Beliau juga menambah beberapa menu dalam masakannya untuk menarik lebih ramai pelanggan.
 
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
 
Beliau memberitahu tempahan makanan beliau bertambah setelah mempromosikannya di ‘facebook’. Beliau juga membuat perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan beliau yang tinggal berdekatan. Pendapatan beliau juga bertambah dan kadang kala menu masakan yang popular seperti Nasi Ayam Penyet habis ditempah.
 
 
 

Usahawan kecil, Pengedar Jamu Ratu Malaya

 

Nama    : Puan Sharina binti Alias

Umur     : 31 Tahun

Ahli        : 2017

 

Latar belakang

 

Puan Sharina merupakan seorang surirumah. Beliau mula menceburkan diri untuk menjadi pengedar produk Jamu Ratu Malaya setelah suaminya disahkan mengidap penyakit kegagalan fungsi kedua belah buah pinggang. Suami beliau tidak mampu untuk bekerja seperti dahulu kerana perlu didialisis tiga kali seminggu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Beliau sering mengunakan perkhidmatan internet di Pi1M sementara menunggu suami beliau didialisis di pusat dialisis yang memakan masa lebih kurang empat jam. Petugas PI1M menemuramah beliau dan mengajak beliau untuk mengikuti kelas Latihan Keusahawan di Pi1M. Beliau setuju dan memasukkan produk-produk beliau untuk diiklankan di dalam aplikasi dashboard Myshop. Sebelum ini beliau hanya menjual produk kepada sahabat, saudara mara dan kenalan di kampung sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengiklankan produk di Myshop beliau dapat meluaskan promosi dan penjualan produk beliau meningkat. Dahulu  beliau hanya mampu menjual tiga atau lima produk sahaja sebulan kini beliau mampu menjual lebih daripada 10 produk sebulan.

 

Usahawan Chocolate Ball

 

Nama       : Puan Harizan Binti Abdul Hamid

Umur       : 30 Tahun

Ahli          : 2016

 

Latar belakang

Puan Harizan merupakan seorang guru di SRA Rantau Panjang. Beliau mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup bersama suaminya En. Hanif. Beliau merupakan seorang yang aktif di laman sosial ‘facebook’ tetapi tidak menggunakannya untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup. Beliau hanya menggunakan media sosial untuk berkomunikasi bersama rakan-rakan dan berkongsi kisah kehidupannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Beliau sering berkunjung ke PIM Taman Seri Cahaya untuk menyiapkan tugasan sekolah dan menggunakan internet. Melihat Peluang yang ada petugas PIM memberikan pendedahan kepada beliau mengenai perniagaan menggunakan media sosial. Beliau mengikuti  Kelas Latihan Keusahawanan yang diadakan untuk menambah ilmu mengenai perniagaan melalui media sosial untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan mengisi masa yang terluang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah  mengikuti kelas Latihan Keusahawan di Pi1M beliau mula mengorak langkah untuk memulakan perniagaan menjual ‘chocolate ball’ dengan menggunakan media sosial ‘facebook’ sebagai meium untuk mempromosikan produk yang dijual. Kini beliau semakin aktif berniaga dan produk jualannya semakin mendapat sambutan dan pelanggan beliau bertambah dari semasa ke semasa. 

 

Usahawan kecil : Official Agen DianLegacy Sdn. Bhd.

 

Nama      : Pn Najatul Anirah binti Ab Hamid

Umur      : 29 Tahun

Ahli        : 2018

 

Latar belakang

Puan Najatul merupakan isteri kepada En. Amran. Beliau mempunyai kerjaya tetap sebagai kerani di sebuah syarikat pasir. Beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti belia di Kampung Bestari Jaya. Beliau merupakan ahli Jawatankuasa Wanita UMNO di Kampung Bestari Jaya dan sering bertemu ramai orang. Pada mulanya beliau mencuba produk Dian untuk dirinya sahaja bagi meningkatkan penampilan dan keyakinan beliau untuk bertemu ramai orang. Setelah melihat hasil yang positif kepada dirimya beliau memasang tekad untuk menjadi agen Dian dan seterusnya membantu orang lain untuk lebih cantik dan sihat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau sering berkunjung ke PI1M Taman Seri Cahaya untuk membuat kertas kerja dan menggunakan perkhidmatan internet di PI1M. Melihat kepada kesungguhan beliau berniaga petugas PI1M mengajak beliau untuk mengikuti kelas Latihan Keusahawan di Pi1M. Beliau didedahkan dengan kaedah pemasaran menggunakan facebook dan Instagram.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas Latihan Keusahawan di Pi1M beliau lebuh agresif untuk berniaga dan menggandakan usaha beliau dengan memperbanyakkan promosi di laman facebook beliau. Kini beliau telah berjaya membantu lebih ramai orang untuk kelihatan lebih cantik dan sihat secara tidak langsung beliau juga mabantu orang lain untuk lebih yakin untuk berhadapan dengan masyarakat.