Nama : Muhhammad Ishak Bin Palil
Umur : 56 Tahun
Tahun Keahlian : 2020

 

Latar belakang

En Muhhammad Ishak merupakan salah seorang pengunjung yang sering menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet Taman Seri Cahaya. Beliau menggunakan masa terluangnya dengan menambah kamahirannya menggunakan computer dan melayari internet.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum En Muhhammad Ishak melibatkan diri dengan aktiviti di Pusat Ineternet Taman Seri Cahaya, beliau kurang mahir menggunakan computer. Malah, beliau sangat lemah menaip.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan melibatkan diri dengan akitiviti di Pusat Internet Taman Seri Cahaya, En. Muhhammad Ishak semakin mahir menggunakan komputer dan boleh menggunakan media social seperti Facebook.

 

USAHAWANAN KEK DAN MANISAN

Nama : Puan Nor Ainon
Umur : 28 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Puan Ainon merupakan seorang suri rumah tangga yang mempunyai kemahirannya untuk membuat kek dan manisan. Kemahiran itu digunakan sebaik mungkin dengan berniaga secara kecil-kecilan secara dalam talian.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet

Perniagaan beliau kurang mendapat sambutan, kerana produk-produk yang dijual tidak di promosikan dengan cara yang betul dan meluas.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan Pusat Internet

Dengan adanya media sosial seperti Facebook dan Whatsapp, produk beliau dapat dipromosikan secara percuma. Pelanggan semakin bertambah dan perniagaan beliau semakin maju.

 

 

Nama : Salini A/P Selvaenthiran
Umur : 11 Tahun 
Tahun Keahlian : 2017

 

Latar Belakang

Salini merupakan salah seorang daripada komuniti kecil yang menetap berdekatan Pusat Internet Taman Seri Cahaya. Seorang pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Bestari Jaya yang berdedikasi. Beliau sering ditemani oleh ibunya untuk datang ke pusat internet. Salini juga merupakan salah seorang pengguna aktif dan sering melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Salini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kemudahan internet untuk menyiapkan tugasan daripada sekolah dan mencari maklumat. Dia juga kurang mahir untuk menggunakan komputer.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Dengan melibatkan diri dengan aktiviti di Pusat Internet Taman Seri Cahaya, Salini semakin mahir dan cekap menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan daripada sekolah. Selain itu, dia juga dapat mengakses maklumat dan info dengan mudah seperti Sistem Analisis Peperiksaan (SAPS) yang membolehkan ibu dan bapanya memantau prestasinya di sekolah.

 

 

USAHAWANAN KUIH TRADISIONAL MASYARAKAT JAWA

 

Nama : Puan Noorizan Binti Helmi
Umur : 28 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Puan Noorizan merupakan seorang suri rumah yang bercita-cita besar untuk meningkatkan ekonomi keluarganya. Beliau menggunakan kemahirannya dalam pembuatan kuih tradisional masyarakat jawa dan menjadikan Facebook dan Instagram sebagai pentas untuk berniaga secara kecil-kecilan.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan dengan Pusat Internet

Perniagaan beliau tidak dapat dikembangkan dan kurang mendapat sambutan, malah teknik promosi yang digunaka adalah terhad.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Dengan adanya media social seperti Facebook dan Instagram, produk beliau dapat dipromosikan secara percuma. Pelanggan semakin bertambah dan perniagaan beliau semakin berkembang ke daerah-daerah lain seperti Tanjung Karang, Sekinchan dan Klang.

 

 

USAHAWAN PRODUK KEKABU

 Nama     : Nurazila Binti Mohd Jami

Umur       : 31 tahun

Ahli          : 2019

 

Latar belakang

Puan Zila merupakan surirumah yang berjinak-jinak dengan perniagaan produk kekabu dalam talian secara kecil-kecilan untuk membantu suaminya menambahkan lagi pendapatan keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kurangnya promosi kerana tidak mempunyai ilmu dan kurang keyakinan untuk mengetengahkan produk beliau. Perniagaan beliau kurang mendapat sambutan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Berjaya mempromosikan produk beliau dengan menggunakan Facebook sebagai pentas untuk pengiklanan. Teknik untuk menarik minat pelanggan semakin bertambah, sekali gus meningkatkan hasil perniagaannya.