Nama : Kirthika A/P Jayakumar
Umur : 17 Tahun
Tahun Keahlian : 2018

 

Latar belakang

Kirthika merupakan seorangvpelajar Sekolah Menengah yang sangat berdedikasi dan rajin. Dia sering datang ke Pusat Internet Komuniti Taman Seri Cahaya sejak tahun 2018 bersama-sama ibunya. Keluarga mereka tinggal berdekatan dengan PIK Taman Seri Cahaya dan merupakan ahli aktif.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum terlibat dengan aktiviti yang diadakan di PIK Taman Seri Cahaya, Kirthika hanya mempunyai kemahiran asas menggunakan komputer yang dipelajari di sekolah. Beliau juga mempunyai kesukaran untuk mencari bahan tambahan yang diperlukan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah Kirthika melibatkan diri dengan Pusat Internet Komuniti Taman Seri Cahaya, kemahirannya menggunakan komputer dan melayari internet semakin bertambah. Malah beliau juga semakin aktif melibatkan diri dengan pertandingan-pertandingan yang diadakan di sini.

 

Nama : Fahmi Nur Afiff Bin Misran
Umur : 25 Tahun
Tahun Keahlian : 2020

 

Latar belakang

Encik Fahmi merupakan lepasan graduan yang bercita-cita untuk meningkatkan kualiti ekonomi keluarganya dengan membuat perniagaan secara dalam talian. Beliau mula berjinak-jinak ketika masih belajar di universiti.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Perniagaan beliau tidak mendapat sambutan seperti yang dijangkakan kerana kurang promosi yang dapat menarik minat pelanggan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Dengan adanya media sosial seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp, insurans yang dipromosikan lebih mendapat sambutan. Kelas-kelas yang diadakan oleh petugas Pusat Internet Taman Seri Cahaya memberi tips-tips yang amat berguna bagi perniagaannya.

 

 

 

Nama : Patimah Binti Ismail
Umur : 38 Tahun
Tahun Keahlian : 2019

 

Latar belakang

Puan Patimah merupakan ahli Pusat Internet Taman Seri Cahaya yang aktif. Beliau dan keluarga sering melibatkan diri dengan aktiviti dan kelas yang dianjurkan di sini. Seorang suri rumah yang ringan tulang dan sentiasa berusaha mencari jalan untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum melibatkan diri dengan pusat internet beliau hanya menjual dari rumah dan, pelanggannya hanyalah jiran-jiran. Tiada sebarang promosi dan keuntungan untuk perniagaannya tidak memuaskan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

1. Dengan adanya media sosial seperti Whatsapp dan Facebook Puan Patima dapat mempromosikan produk beliau dengan bantuan dan latihan daripada petugas Pusat Internet Taman Seri Cahaya. Pusat Internet Taman Seri Cahaya telah membantu Puan Patima untuk membuka akaun facebook untuk mempromosikan barangan beliau.

2. Keuntungannya semakin bertambah dan makanan yang dijual semakin dikenali dan disukai. Atas usaha beliau, beliau telah mula berniaga di pasar pagi setiap hari Jumaat di Pekan Bestari Jaya di mana pelanggan tetap beliau boleh terus membeli makanan yang beliau jual tanpa membuat tempahan.

 

      

 

 

Nama : Norazimah Binti Mokhtar
Umur : 48 Tahun
Tahun Keahlian : 2018

 

Latar belakang

Puan Norazimah merupakan seorang suri rumah tangga yang gemar untuk membuat aiskrim dan manisan. Kemahiran itu digunakan sebaik mungkin dengan berniaga secara kecil-kecilan secara dalam talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Perniagaan beliau kurang mendapat sambutan, kerana produk-produk yang dijual tidak menarik perhatian orang ramai.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Dengan adanya media sosial seperti Facebook dan Whatsapp, produk beliau dapat dipromosikan secara percuma. Pelanggan semakin bertambah dan perniagaan beliau semakin maju.

 

 

Nama : Muhammad Hafiz
Umur : 12 Tahun
Tahun Keahlian : 2018

 

Latar belakang

Muhammad Hafiz merupakan seorang pelajar Tahun 6 yang sangat berdedikasi dan rajin. Beliau merupakan ahli komuniti yang tinggal berdekatan dengan Pusat Internet Taman Seri Cahaya. Menjadi ahli Pusat Internet Taman Seri Cahaya pada tahun 2018 setelah melibatkan diri dengan program yang diadakan di sana.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Muhammad Hafiz tidak mahir menggunakan komputer. Kemahirannya sangat terhad dan memerlukan bantuan petugas ketika menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Power Point serta mempunyai masalah untuk mencari maklumat di internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah Muhammad Hafiz melibatkan diri dengan Pusat Internet Taman Seri Cahaya, kemahirannya menggunakan komputer dan internet semakin bertambah. Hali ini bukan sahaja memudahkannya mengakses maklumat dalam proses pembelajaran dalam talian, bahkan kini dia juga dapat membantu rakan-rakannya dalam hal-hal berkenaan penggunaan komputer.