Nama : Fareez Nawfal Bin Samsul Ariffin
Umur : 11 Tahun
Tahun Keahlian : 2018

 

Latar belakang

Fareez Nawfal merupakan pelajar sekolah rendah yang sangat rajin dan aktif. Tempat tinggalnya yang berhampiran dengan PEDi Taman Seri Cahaya membolehkan dia menjadi ahli yang aktif.c

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas –kelas di PEDi Taman Seri Cahaya, kemahirannya dalam menggunakan komputer dan melayari internet adalah terhad. Fareez Nawfal tidak mempunyai keyakinan untuk menggunakan komputer dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah beberapa minggu mengikuti kelas dan latihan di PEDi, beliau kini semakin mahir menggunakan komputer. Beliau juga semakin lancar menggunakan aplikasi Microsoft office Word dan melayari internet secara sihat. Pengetahuan dia terhadap komputer semakin hari semakin baik.

 

 

Nama : Jazri Adam Hakimi Bin Johan
Umur  : 9 Tahun
Tahun Keahlian : 2018

 

Latar belakang

Jazri Adam Hakimi merupakan pelajar sekolah rendah yang aktif. Tempat tinggal beliau berada berdekatan dengan PEDi Taman Seri Cahaya. Beliau mula berdaftar untuk menjadi ahli di PEDi Taman Seri Cahaya pada tahun 2018 dan mula mengambil bahagian secara aktif dengan aktiviti yang dijalankan di sini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Jazri Adam Hakimi tidak mempunyai apa-apa kemahiran berkenaan komputer dan memerlukan bantuan daripada ahli keluarganya. Kekangan keluarganya untuk menyediakan komputer di rumah memberi impak negatif kepada kemahirannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Jazri Adam mampu menggunakan komputer tanpa bantuan ahli keluarga. Beliau juga boleh menggunakan Microsoft Words dan Microsoft Power Point walaupun tidak terlalu mahir.Keyakinannya semakin meningkat dan kenalannya bertambah ketika menyertai aktiviti yang dijalankan di sini.

 

 

Latar belakang

Puan Kalai Selvi merupakan seorang suri rumah tangga yang tinggal berdekatan dengan PIK Taman Seri Cahaya. Kekangan kehidupan yang dihadapi beliau menyebabkannya kurang mendapat pendedahan terhadap kepentingan kemahiran asas menggunakan komputer. Hal ini membuatkan beliau menghadapi kesukaran untuk membuat urusan secara maya yang sering menjadi pilihan pada hari ini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Puan Kalai Selvi tidak mahir menggunakan komputer dan sering menghadapi masalah untuk membuat urusan secara atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Penglibatan Puan Kalai Selvi dalam program-program yang dianjurkan di PIK Taman Seri Cahaya telah menambah keyakinannya. Kemahirannya menggunakan komputer telah meningkat. Beliau juga sudah mahir untuk mencari resipi di Youtube dan sudah mempunyai akaun Facebook sendiri.

 

Latar belakang

Tanusha merupakan pelajar sekolah rendah Tahun 5 yang masih berjinak-jinak untuk mempelajari cara menggunakan komputer. Beliau sangat berminat untuk meneroka kemahiran baru tetapi mempunyai kekangan kerana ibu bapanya bekerja dan tidak mempunyai kemudahan yang sempurna di rumahnya.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Tanusha tidak mempunyai sebarang kemahiran asas untuk menggunakan komputer dan tidak mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menunjukkan minatnya yang ingin mempelajari cara menggunakan komputer dan internet.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Tanusha sangat aktif melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Taman Seri Cahaya. Beliau telah mahir menggunakan Microsoft Words dan Power Point serta dapat melayari internet untuk mendapatkan informasi tambahan secara sihat. Kemahiran ini amat membantunya dalam menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberikan oleh gurunya di sekolah.

 

 

Latar belakang

Nuralya merupakan seorang pelajar Tahun 5 yang tinngal berdekatan dengan PIK Taman Seri Cahaya. Jarak antara PIK dan rumahnya yang pendek memudahkan adik Nuralya untuk datang dan menggunakan kemudahan yang ada di sini. PIK Taman Seri Cahaya sangat membantunya untuk menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika ini.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Nuralya tidak mahir menggunakan komputer dan sering menghadapi masalah untuk mencari informasi tambahan yang dapat membantunya dalam proses PdPR. Dia juga kurang mendapat pendedahan tentang kelebihan kemahiran dan cara yang sihat untuk melayari internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Penglibatan adik Nuralya dalam program-program yang dianjurkan di PIK Taman Seri Cahaya telah menambah keyakinannya. Kemahirannya menggunakan komputer telah meningkat. Selain itu, Nuralya juga sering menyertai program yang dianjurkan di sini. Antara kemudahan dan servis yang sering disertai adalah kelas-kelas menggunakan komputer dan internet serta E-tuisyen.