EJEN PRODUK BANTAL LEYNA

Nama    : Julina Jusoh
Umur    : 32 Tahun
Ahli      : 2018

 

Latar Belakang

Puan Julina Jusoh merupakan seorang suri rumah yang sentiasa mencuba pelbagai cara untuk menambahkan pendapatan sampingan keluarga. Kemudian, beliau mula mengenali perniagaan secara online yang semakin diminati oleh orang ramai. Sejak itu beliau mula berjinak-jinak dengan perniagan online di Facebook.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PIM

Pada awalnya beliau hanya merupakan seorang suri rumah tangga yang tidak mempunyai apa-apa pendapatan sampingan.  

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PIM

Setelah mempraktikkan kaedah perniagaan online yang di ajar oleh petugas PI, beliau sudah semakin meminati perniagaan online dan pendapatan keluarga beliau juga sudah semakin baik setiap bulan.

 

AGEN PRODUK AIR DETOX

Nama    : Fazliana Aris

Umur    : 27 Tahun

Ahli       : 2018

Latar belakang

Puan Fazliyana merupakan seorang guru Kafa di Bestari Jaya, namun sering mencuba untuk mendapatkan wang sampingan. Beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan online dan mula berminat untuk memasarkan air detox secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Pada awalnya beliau hanya menjalankan perniagaannya dengan menjual dirumah dan berharap pelanggan datang kerumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah lebih sebulan berniaga, beliau mencuba untuk mempromosikan jualannya di laman facebook beliau sendiri. Beliau melihat jualan nya meningkat secara mendadak dan beliau mula serius dalam meneruskan perniagaan air detox beliau.

 

USAHAWAN KECIL , HABIB'S BARBER SHOP.

Nama    : Ariff bin Iskandar

Umur    : 31 Tahun

Ahli       : 2018

 

Latar belakang

Ariff Iskandar yang tinggal di Sungai Darah, Bestari Jaya mula mencuba perniagaan memotong rambut secara sambilan pada waktu lapang. Namun selepas melihat pelanggan semakin meningkat dan gaya potongannya yang disukai pelanggan, beliau mula mejadikan pekerjaan sambilan ini sebagai pekerjaan utamanya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Pada awalnya beliau hanya menjalankan perniagaannya dengan mengharap pelanggan dating ke rumah kerana masih belum mempunyai kedai dan tidak memasarkannnya di mana-mana laman sosial.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah lebih sebualn berniaga, beliau mencuba untuk mempromosikan jualannya di laman facebook beliau sendiri. Beliau melihat jualan nya meningakat secara mendadak dan beliau mula serius dalam meneruskan kedai potong rambutnya. Kini ramai pelanggan yang datang kekedainya kerana melihat banyak testimony yang menarik di page facebook miliknya.

USAHAWAN, FAMS CORNER .

Nama    : Fadzrul Azizi Bin Samaon

Umur    : 26 Tahun

Ahli       : 2018

Latar belakang

Remaja dari lepasan STPM yang bercita-cita tinggi ingin menjadi usahawan berjaya walaupun beliau hanya tinggal di kampung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Beliau hanya berniaga di kedai dan tidak menggunakan medium internet sebagai sebarang promosi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah beliau hadir ke Pusat Internet Malaysia, beliau di ajar cara cara mempromosikan kedai beliau. Perniagaan beliau semakin popular di kalangan kawasan setempat dan mula menerima pelanggan dari jauh. Beliau juga dapat mempromosikan catering beliau dengan harga yang berpatutan melalui media sosial.

USAHAWAN KECIL , BROWNIES DAN KEK BATIK

Nama    : Nor Atikah Binti Alkabar

Umur    : 28 Tahun

Ahli       : 2017

 

Latar belakang

Puan Atikah merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau merupakan isteri kepada Mohd Idham bin Ismail dan juga memiliki sepasang anak kembar. Beliau sangat meminati manisan seperti brownies dan kek batik. Pada awalnya beliau hanya menjual kepada rakan terdekat tetapi melihat kepada sambutan yang menggalakkan beliau mula menjual secara serius dan mengambil tempahan dengan lebih banyak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum memasarkan produknya menggunakan medium facebook beliau hanya menerima tempahan melalui rakan-rakan rapat. Walaupun tempahannya banyak tetapi beliau merasakan beliau mesti melakukan sesuatu agar produknya lebih mendapat sambutan dan dikenali lebih ramai orang. Beliau telah didedahkan dengan promosi melalui facebook dan beliau mengambil ilmu yang diajar dan mempraktikkanya dalam perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

 

setelah mempraktikkan ilmu yang di beri, beliau telah menerima banyak tempahan dari sebelumnya. Beliau memberitahu testimoni yang dimuatnaik ke dalam media sosial dapat menarik lebih pelanggan. Kini beliau telah menambah produk lain dalam perniagaan beliau iaitu mini brownies yang lebih murah dan mampu di nikmati oleh semua golongan. Didoakan semoga beliau lebih maju dalam perniagaannya.

 22090002 1736170826413653 5357264065088109405 n