Nama : Amani Husna Binti Mohd Hafiz
Umur  : 10 Tahun
Tahun Keahlian : 2017

 

Latar belakang

Amani Husna merupakan salah seorang penduduk yang tinggal berdekatan dengan lokasi Pusat Internet Taman Seri Cahaya. Keluarganya telah berdaftar untuk menjadi ahli pusat interenet pada tahun 2017 untuk memudahkan beliau menggunakan kemudahan yang disediakan disana. Amani Husna sering melibatkan diri dengan semua program yang dianjurkan disana.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Dalam usianya yang muda, Amani Husna mempunyai kemahiran asas yang sangat lemah untuk menggunakan komputer dan mengakses internet. Beliau memerlukan bantuan daripada ahli keluarganya ataupon petugas untuk menggunakan komputer dan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Kemahiran Amani Husna bertambah hasil daripada mengikuti kelas-kelas dan program-program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Taman Seri Cahaya. Beliau kini semakin mahir dan dapat menggunakan komputer dan mengakses internet tanpa bantuan.

 

 

Nama : Nor Nazarina Binti Jaafar
Umur : 38 Tahun
Tahun Keahliaan : 2018

 

Latar belakang

Puan Nazarina merupakan ahli Pusat Internet Taman Seri Cahaya yang aktif. Beliau dan keluarga sering melibatkan diri dengan aktiviti dan kelas yang dianjurkan di sini. Seorang suri rumah yang ringan tulang dan sentiasa berusaha mencari jalan untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum melibatkan diri dengan pusat internet, pelanggannya hanyalah jiran-jiran. Tiada sebarang promosi dan keuntungan untuk perniagaannya tidak memuaskan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Dengan adanya media sosial seperti Whatsapp Puan Nazarina dapat mempromosikan produk beliau dengan bantuan dan latihan daripada petugas Pusat Internet Taman Seri Cahaya. Pusat Internet Taman Seri Cahaya telah menubuhkan Whatsapp Group bagi membantu Puan Nazarina mempromosikan barangan beliau. Keuntungannya semakin bertambah dan barangan yang dijual semakin dikenali.

 

Nama : Muhhammad Afiq Danial Bin Rosli
Umur : 12 Tahun 
Tahun Keahlian : 2019

 

Latar belakang

Muhammad Afiq merupakan salah seorang ahli aktif Pusat Internet Taman Seri Cahaya. Beliau yang merupakan pelajar sekolah rendah sering menggunakan kemudahan yang disediakan di sini untuk menyelesaikan tugasannya. Lokasi Pusat Internet yang hampir dengan rumahnya memudahkan beliau untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet Taman Seri Cahaya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum Muhammad Afiq menjadi ahli aktif Pusat Internet, kemahirannya menggunakan komputer sangat terhad. Beliau juga berdepan kesulitan untuk mendapatkan kemudahan internet dan cetakan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Muhammad Afiq sering mengikuti kelas-kelas dan aktiviti yang dianjurkan setelah terlibat dengan Pusat Internet Taman Seri Cahaya. Hasilnya, kemahirannya menggunakan komputer semakin meningkat sehingga mampu membantu rakan-rakannya yang lain.

 

 

Nama : Azuraini Binti Dahalan
Umur : 34 Tahun
Tahun Keahlian : 2010

 

Latar belakang

Puan Azuraini merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan sampingan secara kecil-kecilan diatas talian dengan membuat tempahan kek, sambal petai,serta menjadi ejen menjual pekasam daging, keropok kering ikan tamban. Kemahiran itu digunakan sebaik mungkin dengan berniaga secara kecil-kecilan secara dalam talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Perniagaan beliau kurang mendapat sambutan, kerana produk-produk yang dijual tidak di promosikan dengan cara yang betul dan meluas.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Pusat Internet menubuhkan Whatsapp group di mana penjualseperti beliau boleh mempromosikan produk mereka dengan percuma dan dengan adanya media sosial seperti Whatsapp group, produk beliau dapat dipromosikan kepada pegunjung pusat internet. Pelanggan semakin bertambah dan perniagaan beliau semakin maju.

 

 

USAHAWANAN KEREPEK DAN LAIN-LAIN

Nama : Siti Maisarah
Umur  : 34 Tahun 
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Maisarah merupakan seorang kakitangan kerajaan yang menjalankan perniagaan sampingan secara kecil-kecilan diatas talian dengan membuat kerepek peria, bawang putih serta serunding. Kemahiran itu digunakan sebaik mungkin dengan berniaga secara kecil-kecilan secara dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Perniagaan beliau kurang mendapat sambutan, kerana produk-produk yang dijual tidak di promosikan dengan cara yang betul dan meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Dengan adanya media sosial seperti Facebook, Whatsapp, dan shopee produk beliau dapat dipromosikan secara percuma. Pelanggan semakin bertambah dan perniagaan beliau semakin maju.